Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

AKTIVITI TERKINI

PM UMUM PROJEK INFRARAKYAT TERMASUK LOJI TINGKATKAN PEMBEKALAN AIR BERSIH

Mac 13 2018

 

KANGAR 13 Mac - Kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini membawa khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan beberapa projek infrarakyat termasuk pembinaan sebuah loji rawatan air di Tasoh bernilai RM41.4 juta bagi meningkatkan keupayaan pembekalan air bersih kepada penduduk negeri ini.

Perdana Menteri berkata, pada masa sama, kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50.5 juta untuk pemasangan meter baharu, pembaikan tangki air dan penyediaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi mengatasi isu kadar air tidak berhasil (NRW). Beliau menambah, kerajaan juga mengumumkan pembinaan sebuah pintu kawalan air di Sungai Perlis yang bernilai RM50 juta serta pembinaan sebanyak 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Padang Besar, 400 unit PPR di Arau dan 500 unit PPR di Kangar.

Tambahnya, selain itu ialah pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Seriab serta premis perniagaan Plazaria Padang Besar dan Bazaria di Kangar. “Pembinaan loji rawatan air di Tasoh, projek menangani NRW, pembinaan PPR di Padang Besar dan Arau telah pun diluluskan KeTTHA dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). “Begitu juga pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Seriab dan Plazaria Padang Besar yang sudah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Manakala pembinaan PPR dan Bazaria di Kangar serta pintu kawalan air baru sahaja diluluskan,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

gambar01
gambar01 gambar01
gambar02
gambar02 gambar02
gambar03
gambar03 gambar03
gambar04
gambar04 gambar04
gambar05
gambar05 gambar05
gambar06
gambar06 gambar06
gambar07
gambar07 gambar07
gambar08
gambar08 gambar08
gambar09
gambar09 gambar09
gambar10
gambar10 gambar10
gambar11
gambar11 gambar11
gambar12
gambar12 gambar12