Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

AKTIVITI TERKINI

KERAJAAN SETUJU BUKA SEMULA ZON ALIRAN BEBAS WANG KELIAN

Apr 01 2018

 

1 April 2018 – Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membuka semula zon aliran bebas di Pos Imigresen Wang Kelian, Padang Besar dekat sini. Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam lawatan beliau ke Negeri Perlis pada hari ini.

Baru-baru ini, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail bertitah, mencadangkan Kerajaan Persekutuan supaya membuka semula zon aliran bebas di Pos Imigresen Wan Kelian, Padang Besar dekat sini. Baginda bertitah, telah menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan kerja ke negeri ini, baru-baru ini.