Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

AKTIVITI TERKINI

PERLIS MARATHON 2018

Mei 05 2018

 

 

Acara Perlis Marathon 2018 yang diadakan pada 5 Mei 2018 mendapat sambutan hangat dalam kalangan orang ramai khususnya penggemar sukan dengan merekodkan penyertaan tertinggi iaitu seramai 14,700 orang peserta. Ia menjadi lebih menarik kerana berada di puncak musim mempelam Harumanis.  Edisi keempat marathon anjuran kerajaan negeri dengan rakan strategiknya Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah menarik penyertaan pelari dari dalam dan luar negara antaranya Singapura, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan majlis tersebut.  Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Acara ini turut disertai oleh kakitangan PPPNPs seramai 15 orang. Pelari marathon lelaki dan wanita dari Kenya menguasai kategori terbuka antarabangsa Martahon Perlis 2018 sejauh 42 kilometer (km). Cosmas Matolo menjuarai kategori lelaki manakala Peninah Kigen mengungguli kategori wanita dan mereka masing-masing menerima hadiah RM15,000. Kategori terbuka Malaysia juga sejauh 42km dimenangi oleh Muhaizar Mohamad manakala kategori wanita disandang oleh Loh Chooi Fern. A.Vadiveelu pula menjuarai kategori veteran (40 tahun ke atas) dan Ewe Bee Hong memenangi kategori wanita. Keempat-empat mereka menerima hadiah RM7,000. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

 

pic1
pic1 pic1
pic2
pic2 pic2
pic3
pic3 pic3
pic4
pic4 pic4
pic5
pic5 pic5
pic6
pic6 pic6