Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

AKTIVITI TERKINI

PENJAWAT AWAM PERLU RAJIN DAN AMANAH

Jul 10 2018

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan para pentadbir dan penjawat awam untuk tidak menggunakan kuasa yang diberi demi kepentingan peribadi, keluarga atau sahabat handai.

Berucap ketika perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra pada 9 Julai 2018, beliau berkata penting untuk setiap penjawat awam mengamalkan nilai murni dalam menjalankan tugas mereka. Mengambil contoh budaya dan nilai yang diamalkan di negara maju, Tun Dr. Mahathir berkata kebanyakan rakyat dan pentadbir mereka rajin bekerja, beramanah, tekun dan belajar menguasai ilmu.

Perdana menteri meluahkan keyakinan bahawa Malaysia mampu mencapai status negara maju kerana rakyat negara ini mempunyai kebolehan. Beliau berkata perkara penting yang diperlukan ialah keikhlasan, amanah, kerajinan, usaha dan utama sekali berpuas hati dengan hasil kerja. Beliau menambah, kejayaan tidak akan datang bergolek atau melayang kepada kita tanpa usaha dan tindakan.

 

 

pic1
pic1 pic1
pic2
pic2 pic2
pic3
pic3 pic3
pic4
pic4 pic4
pic5
pic5 pic5
pic6
pic6 pic6