Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

AKTIVITI TERKINI

PERARAKAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-61

Ogs 31 2018

31 Ogos 2018 - Lebih 20,000 rakyat daripada pelbagai lapisan kaum memenuhi Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Perlis.

Majlis yang meriah dan berwarna-warni itu menampilkan kira-kira 50 buah kontinjen perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan termasuklah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis yang telah turut serta dalam perarakan tersebut.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat mencemar duli memeriahkan sambutan acara yang buat kali ketiganya diadakan pada waktu malam itu. Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis tersebut diakhiri dengan pertunjukkan bunga api yang menerangi suasana malam di bandar ini.

 

pic1
pic1 pic1
pic2
pic2 pic2
pic3
pic3 pic3
pic4
pic4 pic4
pic5
pic5 pic5
pic6
pic6 pic6