Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

AKTIVITI TERKINI

TPM LAWAT DAN BERIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT DI PERLIS

Sep 22 2018

KANGAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melakukan lawatan singkat di Perlis hari ini untuk melawat kediaman, sekolah selain menyampaikan bantuan kepada 106 ketua isi rumah yang terjejas ekoran ribut yang melanda seluruh Perlis pada malam Isnin lalu.

Wan Azizah yang meluangkan masa kira-kira tiga jam sebaik sahaja tiba di sini pada pukul 3 petang tadi terus melawat mangsa ribut di Kampung Terus Teritip, Kuala Perlis, Sekolah Kebangsaan Seri Perlis selain menyampaian bantuan wang ehsan kepada mereka yang terjejas di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri. Beliau yang juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga dalam ucapan ringkas di APM Perlis menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa ribut itu. "Bencana ribut ini telah menyebabkan 169 buah rumah mengalami kerosakan dan mengorbankan empat nyawa. "Kerajaan Pusat hari ini menyampaikan bantuan wang ihsan sebanyak RM5,000 kepada waris empat mangsa yang meninggal dunia ekoran bencana itu. "Selain itu, 106 ketua isi rumah menerima bantuan RM500 bagi mengurangkan beban mangsa yang terlibat untuk meneruskan kehidupan seharian," katanya. Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Dalam pada itu, Wan Azizah berharap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana dapat memperkemaskan lagi sistem amaran awal seperti meningkatkan kerjasama dengan media dengan menyampaikan amaran agar tahap bersedia dapat dipertingkatkan lagi. "Amaran juga dapat dikeluarkan lebih awal melalui medium seperti pembesar suara masjid, balai raya, telefon malah kunjungan dari rumah ke rumah yang membolehkan komuniti setempat bertindak segera menyelamatkan diri sendiri, keluarga dan barangan berharga," katanya.

Kosmo! melaporkan pada Isnin lalu, sebanyak 169 kediaman, 48 buah sekolah rendah dan menengah serta 192 pokok tumbang dalam angin ribut berkelajuan 68.7 kilometer sejam serta hujan lebat yang melanda seluruh Perlis itu. Selain itu, empat turut terkorban dalam kejadian ribut itu yang membabitkan tiga mangsa akibat kemalangan melibatkan dua kenderaan selain seorang mangsa yang meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang pokok. - Sumber daripada KOSMO ONLINE-

 

1
1 1
2
2 2
4
4 4
5
5 5
6
6 6
7
7 7
8
8 8
9
9 9
10
10 10
11
11 11
12
12 12
13
13 13