AKTIVITI TERKINI
MAJLIS BERSAMA PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI BIL.5/2019
Sep 27 201927 September 2019 : Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (PPN Perlis) telah mengadakan Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.5/2019 di Bilik Gerakan Persekutuan. Majlis ini diadakan bersama dengan penganjuran majlis persaraan En. Muzammil bin Ahmad, Pembantu Tadbir, Seksyen Khas. Tuan pengarah dalam ucapan mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat di PPN Perlis serta mendoakan semoga sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Turut disampaikan Anugerah Bintang PPN Perlis kepada kakitangan terpilih dan tuan pengarah mengharapkan anugerah ini akan menjadi pembakar semangat semua kakitangan dalam menjalankan amanah.