Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

PERUTUSAN PENGARAH

Saya mengalu-alukan para pengunjung ke laman sesawang Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis (PPPNPs). Laman web ini memaparkan bidang perkhidmatan PPPNPs di dalam membantu memajukan Negeri Perlis

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10).

Selain itu, kemudahan inftastruktur awam dan asas turut dinaiktaraf melalui pelbagai program/projek yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pejabat ini juga turut menjadi penyelaras aktiviti melestarikan Sistem eKasih sebagai Bank Data Kemiskinan Nasional. Golongan usahawan muda turut dibimbing melalui Program Tunas Mekar melalui kerjasama strategic dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain perkongsian maklumat saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas membina bagi memantapkan pengurusan dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari laman web rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis. Sekian,terima kasih.

 

TUAN MOHD ZAKI BIN ABDUL RAHMAN
PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI PERLIS
UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN
JABATAN PERDANA MENTERI