Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

PIAGAM PELANGGAN ICU JPM

KOMITMEN :

ICU JPM AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG, BERKUALITI, DAN BERINTEGRITI MELALUI AMALAN URUS TADBIR YANG TERBAIK DENGAN BERKESAN BERASASKAN PIAGAM PELANGGAN SEPERTI BERIKUT : 

PERKHIDMATAN TERAS UTAMA   

  1. Memberi maklumbalas awal terhadap Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) kepada Kementerian dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permintaan.
  2. Memberi maklumbalas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi-agensi dalam tempoh 3 hari daripada permohonan diterima.
  3. Memberi maklumbalas awal kepada permohonan khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal berkaitan dengan pengurusan Projek Pembangunan dalam tempoh tiga (3) hari selepas menerima permohonan.
  4. Mengemukakan ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri ke Kementerian dalam tempoh sepuluh (10) hari daripada tarikh penerimaan notis.
  5. Memberi keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas dalam tempoh 3 hari.
  6. Menjana senarai profil Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin/Miskin Tegar daripada e-Kasih dalam tempoh dua (2) hari selepas perbincangan dan persetujuan dibuat ke atas jenis dan keperluan maklumat ditepati.
  7. Memberi maklumbalas awal terhadap permohonan/pertanyaan berkaitan projek/program Bumiputera Sabah/Sarawak dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima.
  8. Maklumbalas pertama daripada Call Centre BLESS dalam tempoh satu (1) hari.

 

PERKHIDMATAN SOKONGAN

  1. Memberi maklumbalas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam masa 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.
  2. Memberi maklumbalas pertama kepada pertanyaan/aduan sistem/rangkaian ICT yang diterima melalui Call-Center ICU JPM dalam tempoh satu (1) hari.
  3. Memberi maklumbalas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.

 

PEMULIHAN PERKHIDMATAN:

JIKA ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU ICU JPM TIDAK DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DALAM TEMPOH YANG DIJANJIKAN, KAMI AKAN DENGAN SERTA MERTA MEMBERI JAMINAN KEPADA PIHAK PELANGGAN UNTUK MELAKSANAKANNYA DALAM MASA YANG DIPERSETUJUI

Nota : Komitmen ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2016 hingga 31 Disember 2018 dan telah melalui proses semakan/gubalan semula pada 31 Mac 2016

 

STAKEHOLDER & PELANGGAN UTAMA 

  1. Y.A.B. Perdana Menteri ;
  2. Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri ;
  3. Y.A.B. Menteri Besar/ Ketua Menteri;
  4. Ahli-ahli Jemaah Menteri ;
  5. Ketua Setiausaha Negara ;
  6. Anggota Pentadbiran ;
  7. Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Peringkat Persekutuan dan Negeri & Badan Berkanun Persekutuan ;
  8. Pemimpin Tempatan, Pemimpin Masyarakat (Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO)) ;
  9. Kumpulan Sasar.