PIAGAM PELANGGAN PPPN PERLIS
- Mengeluarkan Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek RMLT mengikut permintaan dalam masa 3 hari.
- Menyiapkan Laporan Penilaian Outcome Program/Projek dalam masa 3 bulan setelah terma rujukan dipersetujui.
- Memberi khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal terhadap perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek dalam tempoh 3 hari selepas menerima permohonan.
- Melaksanakan dan menyiapkan projek-projek kecil pembangunan bernilai RM200,000.00 ke bawah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
- Menjana senarai orang miskin/miskin tegar daripada e-Kasih dalam tempoh 2 hari selepas permohonan diterima.
- Memberi maklum balas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.
- Memproses baucer bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima oleh PPPN Perlis.