Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

OBJEKTIF DAN FUNGSI UTAMA

OBJEKTIF JABATAN

  • Menyelaras, memantau, menilai dasar dan pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di negeri Perlis
  • Menjadi urus setia jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah Arahan No. 1, 2010 dan Mesyuarat-mesyuarat Utama kerajaan di negeri Perlis
  • Mengurus peruntukan serta melaksana, memantau dan menilai Program/ Projek Khas YAB Perdana Menteri di negeri Perlis
  • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program Pembasmian Kemiskinan di negeri Perlis
    Memantau dan menyelaras pelaksanaan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di negeri Perlis
  • Melaksanakan dasar/ program/ projek pembangunan di peringkat negeri Perlis

FUNGSI UTAMA

  • Mengesan dan menilai Dasar Wawasan Negara.
  • Menyelaras peruntukan khas Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Persekutuan, Senator dan Ahli Parlimen.
  • Menyalur maklumat berhubung dengan dasar dan program kerajaan persekutuan dari masa ke masa ke peringkat negeri.
  • Menjadi urus setia Majlis Tindakan Negeri Perlis (MTNg) dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Perlis (JKTNg).
  • Mengesan dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan projek pembangunan nasional di peringkat negeri.
  • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program Pembasmian Kemiskinan di negeri Perlis.
  • Menjadi pengerusi dan urus setia Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Perlis bagi projek bernilai kurang daripada RM20 juta
  • Menjalin hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan daerah dan negeri.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) peringkat negeri Perlis
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek Kementerian Kewangan di peringkat negeri Perlis