Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

SEPINTAS LALU

Nama Agensi : Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri)
Tarikh Penubuhan : 1 Julai 1997
Bidang Kuasa Penubuhan ( Melalui Surat Kuasa/ Akta) Jabatan Perdana Menteri

Pejabat Pembangunan Negeri adalah sebahagian dari organisasi UPP dalam melaksanakan tanggungjawab mengawas, menyelaras dan menilai program pembangunan negara diperingkat negeri. Institusi ini telah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan. Pejabat ini diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dengan gelaran jawatan sebagai Pegawai Kemajuan Negeri pada mulanya, kemudian apabila struktur organisasi Jabatan ini disusun semula gelaran jawatan ditukar kepada Jawatan Pengarah Pembangunan Negeri. Pengarah Pembangunan Negeri adalah bertanggungjuawab kepada Ketua Pengarah UPP di Jabatan Perdana Menteri. Pengarah Pembangunan Negeri juga secara langsung menjadi penghubung antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar atau Ketua Menteri. Peranan utama Pejabat Pembangunan Negeri ialah mengawasi pelaksanaan program dan projek pembangunan negeri melalui jentera penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara.

Pengarah -Pengarah Pembangunan Negeri

1. DATO SERI SHAHIDAN B. KASSIM (01.07.1977 - 31.01.1982)
2. EN. AZMI B. KASSIM (01.02.1982 - 31.08.1982)
3. EN. ABD. RAHMAN B. ABD TALIB (01.09.1982 - 30.04.1985)
4. DATO HAMIDI B. ABD. HAMID (01.05.1985 - 30.01.1991)
5. TUAN HAJI AZHAR B. ABD. RAHMAN (01.02.1991 - 15.10.1994)
6. EN. JAMALUDIN BIN HASAN (16.10.1994 - 31.05.1999)
7. EN. MOHD. ROSLI B.RAMLI (01.06.1999 - 30.11.2003)
8. PN. ZAMILA BT. HASHIM (1.12.2003 - 13.03. 2006)
9. EN AHMAD BIN ZAKARIA (18.05.2006 -26.12.2009)
10. PUAN HAJAH JUWAIRIAH BT. LEBAI DIN (26.12.2009 -03.02.2014)
11. TUAN MOHD ZAKI BIN ABDUL RAHMAN (26.05.2014 - KINI)