Khamis 21 November 2019/ 24 Rabiulawal 1441H

SOALAN LAZIM

Jun 09 2016

SEKRETARIAT HAL EHWAL KHAS

Apakah Fungsi utama Majlis Tindakan Negara (MTN) dan Jawatankuasa Tindakan Negara (JKTN) ?
Sebagai badan utama yang mengawasi, menyelaras dan menilai kemajuan pelaksanaan rancangan pembangunan di bawah Dasar Wawasan Negara (DWN).

Fungsi utama Jawatankuasa Tindakan Negara (JKTN) :

  1. Sebagai badan di peringkat pegawai yang memastikan keputusan MTN dilaksanakan. 
  2. Bertanggungjawab menangani isu dan masalah pelaksanaan dasar dan strategi program atau projek pembangunan di bawah DWN.

 
Berapa kerap mesyuarat-mesyuarat utama yang dikendalikan oleh ICU JPM berlangsung ?
Kekerapan mesyuarat-mesyuarat utama yang dikendalikan oleh ICU JPM :

  1. Mesyuarat Majlis Tindakan Negara – Sebulan sekali atau seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negara – Sebulan sekali atau seperti ditetapkan oleh Pengerusi.
  3. Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM – Sebulan sekali atau seperti ditetapkan oleh Pengerusi.
  4. Mesyuarat Pengurusan Tinggi ICU JPM – Seminggu sekali atau seperti ditetapkan oleh Pengerusi.


Bilakah maklum balas mesyuarat-mesyuarat di atas perlu dihantar ?
Selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh minit mesyuarat dihantar.

 

BAHAGIAN PROJEK KHAS

Apakah jenis projek-projek yang dibenarkan ?
Projek-projek yang dibenarkan adalah meliputi :

  1. projek infrastruktur awam / asas.
  2. program sosial.
  3. kebajikan sumbangan yang mempunyai kepentingan ramai.


Apakah jenis projek-projek yang tidak dibenarkan ?
Bagi projek-projek yang digunakan bagi kepentingan individu, sesebuah badan politik, kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan membuat keuntungan adalah tidak dibenarkan.

Siapakah penerima yang menerima peruntukan dari Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri ?
Penerima projek-projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri adalah terdiri daripada pelbagai kaum rakyat Malaysia bagi menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan atau dinaiktarafkan meliputi kemudahan infrastruktur asas, infrastruktur awam, masjid dan surau serta program/pemberian/sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan rakyat miskin, persatuan-persatuan penduduk, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Bagaimanakah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri yang diberi dibelanjakan ?
Peruntukan berkenaan adalah peruntukan Kerajaan yang dibelanja mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling berkaitan serta Akta Acara Kewangan.

Siapakah yang meluluskan permohonan yang dibuat dibawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri ?
Kuasa meluluskan Peruntukan Khas hanya boleh dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan boleh meluluskan peruntukan ini melalui penurunan kuasa yang diberi oleh Y.A.B Perdana Menteri.