Khamis 21 November 2019/ 24 Rabiulawal 1441H

SOALAN LAZIM

Jun 10 2016

Apakah perkara-perkara yang dinilai di dalam penyediaan Ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri Bagi Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan ?
Perkara-perkara yang dinilai bagi penyediaan Ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri termasuklah profil organisasi, prestasi kewangan, pelaksanaan projek pembangunan dan matlamat penubuhan organisasi selain daripada melihat penilaian terhadap program pembangunan (penilaian outcome).

Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam menentukan setiap program dan projek pembangunan Badan-Badan Berkanun Persekutuan ?
Kementerian bertanggungjawab menentukan setiap program dan projek Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang bersesuaian dan selaras dengan Dasar Kerajaan dan seterusnya kelulusan daripada Agensi Pusat yang berkenaan.

Apakah peranan utama Ahli Lembaga Pengarah bagi setiap Badan-Badan Berkanun Persekutuan ?

  1. Setiap Ahli Lembaga Pengarah perlu memahami Dasar Kerajaan yang berkaitan Badan-Badan Berkanun Persekutuan;
  2. Memahami objektif Badan-Badan Berkanun Persekutuan tersebut;
  3. Memastikan Laporan prestasi Aktiviti dan Pencapaian dikemukakan ke Kementerian setiap tiga (3) bulan;
  4. Memahami fungsi dan tanggungjawab seorang Ahli Lembaga Pengarah; dan
  5. Memahami kuasa seorang Ahli Lembaga Pengarah

Apakah rujukan utama yang digunakan oleh setiap BBP dalam menjalankan pentadbirannya ?
Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 - Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah Dan Ketua Pegawai Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2007 - Garis Panduan Untuk Penyediaan Dan Pembentangan Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan dan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012 - Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome.

Bagaimana tatacara bagi pelantikan Ahli Politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Badan Berkanun Persekutuan ?
Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di kalangan ahli politik hendaklah mendapat persetujuan Perdana Menteri secara rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.