Khamis 18 October 2018/ 8 Safar 1440H

SEKSYEN KHAS

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

  • Bertanggungjawab mengurus peruntukan-peruntukan khas Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Y.B Senator, Y.B Ahli-ahli Parlimen, Peruntukan Penyelengaraan Masjid/Surau, Peruntukan Kecil Persekutuan dan Projek Kecemasan serta menentukan projekprojek yang dilaksanakan dengan segera dan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.
  • Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek khas di Negeri Perlis.
  • Menyediakan laporan dan ulasan ke atas permohonan khas oleh Ibu Pejabat yang dikemukakan dari semasa ke semasa.
  • Mengadakan perbincangan secara berterusan dengan Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis mengenai projek-projek kecil PARLIMEN.
  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Projek Infrastruktur Asas Kementerian Kewangan.